Thursday, June 27, 2013

Nasi Goreng Ayam Special Kak Pah

Dua hari ni kita layankan nasi goreng Kak Pah yang lejen dari Kelantan. 


Apa yang istimewanya? Nasi goreng kampung dengan telur dadar dihidangkan dengan ayam goreng telur. Perut sudah disogok dengan nasi goreng ekstra, lagi dimakan bersama ayam digoreng telur cicah sambal manis pedas dari Siam. 

Tuesday, June 25, 2013

Mi segera kering bersama sosej ayam


Sekali sekala terasa macam mahu makan mi segera. Sebut sahaja megi pasti terbayangkan mi segera kari dalam mangkuk.

Mi segera juga sedap dimasak dengan air yang sedikit, sama paras dengan mi segera anda.

Masak lima minit sehingga kering dan sedia dihidang.

Monday, June 24, 2013

Nasi goreng Kak Pah ala Kelantan


Medan Selera Jalan Tandang, Petaling Jaya banyak menyediakan makanan tengahari untuk rakyat marhaein yang bekerja di sekitar Petaling Jaya.

Nasi Goreng Kak Pah, lain macam persembahannya. Kedai paling hujung kecoh dengan suara Kak Pah yang tidak henti henti dalam dialek Kelantan.

Nasi goreng ayam special, nasi goreng kampung dan kuetiau goreng dengan skill masakan Patani memang mengiurkan.

Harga sepinggan serendah RM3.50.

Kuetiau champion di Bandar Petaling Jaya Lama


Mencari kuetiau goreng yang kena dengan jiwa bukanlah suatu yang mudah di kota raya. Kalau ada pun selepas dikomersilkan seperti Mali's Corner di Wangsa Maju atau Taman Dato Harun.

Kuetiau gorengi di Oldtown Petaling Jaya boleh dimasukkan dalam kategori yang sejati. Kerana dimasak dengan cara tersendiri. Tidak meniru persembahan char kuetiau yang berlambak di pasaran.

Anda boleh memilih kuetiau goreng kerang, kuetiau goreng udang, kuetiau goreng ayam atau kuetiau goreng special dari harga serendah RM4. Anda juga boleh memilih sama ada digoreng kering atau basah.

Lokasi

Terletak betul betul di persimpangan sibuk pekan Petaling Jaya Lama, letakkan kereta anda di depan Public Bank Petaling Jaya atau berhadapan Pasar Basah Besar Petaling Jaya.

Kemudian cari stall kuetiau dengan pembesar suara yang bingit. Itulah dia!

Cendol digilai pada hari panas


Air batu yang disagat, dicampur dengan cendol, santan, kacang merah dan gula merah memang menjadi idaman bila cuaca terik.

Ada yang menawarkan bersama tapai, pulut dan special ialah durian. Maka terhasillah cendol pulut, cendol tapai dan cedol durian.

Dijual bermula RM1.50 hinggalah RM9.90 di restoran kelas menengah.

Harumanis, mangga kelas ekslusif


Harumanis ialah sejenis buah mempelam atau mangga yang jarang sekali dilihat di pasaran. Hanya berbuah pada bulan April - Jun dan boleh diperolehi di negeri Perlis Indera Kayangan.

Buah Harumanis ini terkenal kerana aroma yang menusuk rongga hidung, berbau wangi dan isinya tebal. Walaupun disamakan dengan mangga dari Thailand, Harumanis tiada tandingnya.

Ada yang menjual sehingga RM20 sekilogram. Sekilogram hanya memberi anda 3 biji mempelam yang gebu.


Lagi dimakan dengan pulut, lagi terserlah ke-Perlis-annya!

Tempoyak ikan Patin yang terkenal


Tempoyak ikan Patin bukanlah asing bagi rakyat Pahang. Jika ke bandar Temerloh, sudah pasti aroma tempoyak ikan Patin akan menusuk ke hidung.

Ada yang menggelarnya Patin masak masam, Patin bakar masak tempoyak dan banyak lagi.

Kelembutan isinya amat memikat. Dengan sekali cubitan, kita boleh merasai  apa punca harga ikan ini amat mahal di pasaran. Begitu ekslusif.



Nasi Lemak Jalan 222 Petaling Jaya


Pencinta nasi lemak mesti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak di Medan Selera Jalan 222 Petaling Jaya.

Medan selera ini terletak di persimpangan Jalan Templer (di hadapan Menara Packetgreen, P1 Wimax).

Untuk kesana, anda perlu membuat pusingan u di sebelah Shell Jalan 222. Kemudian selepas menghampiri stesen Petronas, belok kiri selepas Kedai Kereta Suzuki.

Rasa dan persembahan

Dibungkus dalam daun pisang, panasnya masih terasa. Dengan hirisan telur bersama bilis rangup, sambal manis pedas pastinya membuka selera.

Setiap bungkus dijual pada harga RM1.50.